MELAKA: Seorang buruh ditahan pada Selasa selepas disyaki merogol anak perempuannya berusia 16 tahun hingga melahirkan anak.
Ketua Polis Melaka, Datuk Zainol Samah berkata, suspek berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pada jam 12 tengah malam.
Menurutnya, penahanan suspek susulan pihaknya menerima laporan polis daripada seorang pegawai perubatan Hospital Melaka memeriksa mangsa yang menetap di Durian Tunggal pada Oktober tahun lalu.
Katanya, pemeriksaan yang dilakukan ke atas mangsa yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik itu mendapati mangsa ketika itu sedang mengandung hampir lima bulan.
"Berdasarkan keterangan mangsa, dia mendakwa telah dirogol suspek sejak berusia 14 tahun.
"Difahamkan ibu mangsa pada awalnya membawa mangsa yang mengetahui dirinya sedang mengandung ke Klinik Kesihatan Durian Tunggal untuk membuka buku kehamilan sebelum dirujuk ke hospital.
"Suspek yang mempunyai enam rekod lampau ditangkap sehari selepas mangsa melahirkan anaknya pada Isnin lalu," katanya.
Majistret Sharda Shienha Mohd Suleiman membenarkan permohonan reman ke atas suspek selama tujuh hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan. -Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 07 2024
Suspek (tengah) direman selama tujuh hari selepas didakwa merogol anaknya. -Foto Sinar Harian
Minggu Perpaduan 2024: Hayati prinsip faham, hormat & terima dalam memupuk keharmonian
Setiap daripada kita bertanggungjawab dan berperanan dalam menjaga keharmonian, kedaulatan, keamanan dan keselamatan negara yang dicintai.
AWANI 7:45 [25/05/2024] - Pemulihan luar biasa | Lebih 1,000 rumah tertimbus | Dua tahun yang kritikal
- Selepas 20 hari, Faisal halim keluar hospital, suspek masih diburu
- Lindungi hak pekerja gig, RUU Suruhanjaya Pekerja Gig dibentang Julai
- Chatbot perangi berita palsu disebar di Whatsapp dilancar seminggu lagi
- Kerajaan jangan alpa, segera tunai janji reformasi institusi, gesa Bersih
- Lindungi hak pekerja gig, RUU Suruhanjaya Pekerja Gig dibentang Julai
- Chatbot perangi berita palsu disebar di Whatsapp dilancar seminggu lagi
- Kerajaan jangan alpa, segera tunai janji reformasi institusi, gesa Bersih
AWANI Ringkas: Jenayah | Seleweng diesel
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Perangi berita palsu | Hari Belia Negara 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Empat lokasi sekitar ibu negara terjejas akibat pokok tumbang
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur dalam kenyataan memaklumkan panggilan kecemasan itu bermula dari 6.20 petang hingga 7 malam.
Lelaki hilang ketika keluar pasang pukat ditemukan lemas
Mayat Nicholas Daniel, 38, ditemukan di kawasan tujuh kilometer dari perahunya yang dijumpai pada hari dia dilaporkan hilang.
Polis rujuk kertas siasatan video tular anak didenda guru ke pejabat TPR
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 31 (1) Akta Kanak-Kanak 2001 merujuk kepada penganiayaan, pengabaian, pembuangan atau penderaan kanak-kanak.
Malaysia negara pertama peroleh permit operasi 20 ambulans
Lembaga Tabung Haji (TH) melalui Pusat Rawatan Mekah dan Madinah sekali lagi melakar kejayaan apabila berjaya memperoleh Tasreh atau permit untuk pengoperasian 20 ambulans dimilikinya.
Perasmian Sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat kebangsaan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan sambutan Minggu Perpaduan 2024 peringkat kebangsaan.
Malaysia4Palestine bukti Malaysia konsisten sokong rakyat Palestin
Penyediaan saluran sementara Malaysia4Palestine yang bersiaran selama 24 jam, menunjukkan pendirian Malaysia yang konsisten serta jelas dalam memberi sokongan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Pelajar dirogol bapa kandung hingga melahirkan anak
Suspek berusia 38 tahun ditahan di tepi jalan Kampung Kelemak, Alor Gajah pada jam 12 tengah malam.